Aplikasi MyTrace

 

  • mytraceKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengambil inisiatif bersama kepakaran tempatan untuk membangunkan aplikasi MyTrace, yang membolehkan Kerajaan mengesan individu yang telah berada berdekatan dengan mereka yang telah dijangkiti virus COVID-19.

  • MyTrace adalah pelengkap kepada aplikasi MySejahtera yang telah dilancarkan sebelum ini dan menggunakan teknologi Bluetooth untuk pengesanan kontak (contact tracing) kepada individu positif Covid-19.

  • Apabila telefon-telefon bimbit pengguna MyTrace berada dalam jarak dekat, telefon-telefon itu akan mengesan gelombang Bluetooth untuk mengesan kehadiran masing-masing.

  • Berdasarkan kekuatan gelombang Bluetooth yang dikesan, jarak dan tempoh pertemuan pengguna-pengguna boleh dikenalpasti. Data yang dikumpul akan disimpan selama 21 hari di dalam telefon bimbit pengguna.

  • Aplikasi MyTrace hanya mengumpul maklumat pengguna yang telah dirahsiakan (anonymized) dan tidak mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi.

  • Pengesanan kontak (contact tracing) adalah sangat penting supaya dapat diketahui siapa yang pernah berada berdekatan dengan seseorang yang telah dikenalpasti positif Covid19.

  • Untuk memastikan keberkesanannya, sasaran penggunaan adalah sekitar 60% pengguna telefon pintar di seluruh negara. Kerajaan amat berharap supaya seramai mungkin rakyat akan memuat turun dan menggunakan MyTrace.

  • Sekiranya ada kluster Covid19 yang baru dikesan, aplikasi MyTrace dapat membantu KKM untuk mengesan dan memutuskan jangkitannya secepat mungkin.

---

Klik untuk muat turun aplikasi

google play badge